Don't get angry people, it's only an OPINION...

hahaha.. geli hati betul dengan kempen ni. Rasa nak ketawa aje..Aku baru je tahu ada kempen sebegini semasa aku membeli produk sunlight di sebuah pasaraya di KL. Haiss. dekat shelves nyer tertulis lah harga RM3.79 tetapi bila aku nak bayar tetiba jer aku dikenakan RM3.80 Aikkss..mana perginyer satu sen aku??

Otak aku terhenti seketika. Lepas tu aku beli lagi barang berharga RM9.49 lepas rounding adjustments jadi RM9.50.. mana-mana aku pergi semua sistemnya sama..Hmmm...Rasa kena ragut jer... hmm..kureng adil.. 1sen tetap duit dan bernilai. Simpan sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
Kempen ni kalau betul-betul boleh menjimatkan bagus lah.. tapi kalau gimmick saje.. bleh blah.. Bukan semua barang dijual dengan harga RM1.22(Rm1.20 '
jimat 2sen') Kempen senang kira ni membuat aku rasa aku ni tak pandai mengira .. bodoh betul ke aku ni sampai tak boleh mengira duit yang bersen sen itu hahaha .
Takde benda yang senang oii kat dunia ni... Soalan saya sekarang apalah gunanya cash register dan calculator? Lagi buncitlah sebilangan perut-perut tauke tauke, peniaga peniaga dan suku sakan disebabkan kempen ni. Kalau duit 1sen sen aku ni dibuat sedekah okay lah jugak.. untuk charity membantu orang miskin, membantu insan kureng bernasib baik, kanak-kanak istimewa, anak-anak yatim piatu dan seterusnya...I'll be blessed!
Bersedialah ibubapa semua, mungkin anak anak anda satu hari nanti tak tahu apa itu 1 sen, 2 sen dan tak pandai mengira jumlah yang dianggap tidak bernilai ini. 1sen atau 2sen atau 7sen tetap duitlah brader, makcik2....
Fikir dengan kepala otak bukan dengan kepala lutut: Adakah kempen 'senang kira' ini menunjukkan rakyat Malaysia malas mengira? Adakah ia menunjukkan otak kita lembap?

Kajian menunjukkan aktiviti menyelesaikan masalah seperti mengira boleh melancarkan otak, mencegah penyakit lupa..memperlahankan kemerosoton otak dan banyak faedah lagi.
Kalau ada masa silalah baca.
P/S: Rasa macam main saham, kekadang aku untung 2 sen kekadang aku rugi 2 sen hehhehe
http://seniorjournal.com/NEWS/Books/5-08-02TrainYourBrain.htm