Monday, March 17, 2008

2 teman lelaki sekaligus OK atau KO?

Jangan salahkan teman wanita jika dia memiliki kunci pendua a.k.a boyfriend kedua.

Duduk-duduk kat Coffee Bean ni sambil diperhatikan oleh jejaka hansem nun di sana yang duduk bersebelahan aweknya yang tidak kurang seksinya. Nampak cool aja mamat ni mendengar bebelan aweknya itu.

Melihat pasangan ini membuatkan saya terkenang kembali zaman bercinta dengan teman lelaki saya . Saya hairan betul lah dengan mamat yang saya dating satu ketika dulu. Mamat ni sukkkaaa sangat jeling-jeling perempuan lain tanpa mengendahkan saya yang duduk di sebelah dia. Mamat ni kemana sahaja dia pergi, 'flirting' kaki mengurat dengan perempuan lain memang sudah menjadi permainan harian.

Di kedai kopi macam ni lah, kaunter tiket wayang dan lebih-lebih lagi dengan awek-awek di kaunter menjual perfume- minyak wangi.. haiiissshhh... Dekat 'opis' pejabat dia tak tau pula saya.. Yang menghairankan lagi sebelum mengisytiharkan saya sebagai teman wanita tak juga dia berperangai sebegini. Tapi bila dah dapat yang dikejar mulalah buat perangai... Itulah cabaran wanita hari ini yang memiliki teman lelaki.

Adakah si mamat tu ingin membuat saya berasa cemburu? Atau mungkin ada yang tak kena dengan si mamat tu ataupun ada yang tak kena dengan saya?

Daripada pemerhatian sayalah kebanyakkan lelaki yang dah berteman memang suka pandang-pandang perempuan lain dari hujung kaki hinggalah ke hujung rambut. Kalau lelaki tu masih single tak apalah juga.

Kalau ditanya ini jawabnya "Bukannya aku nak buat apa-apa pun, tengok-tengok aje. Lebih baik aku buat depan engkau daripada aku buat belakang engkau". Itulah alasan yang diberikan. Cis bedebah!! Ass hole.. Mungkin anda juga pernah mendengar alasan sebegini.

Mengapa kita wanita tak suka pasangan kita main-main mata dengan awek lain. Inilah keputusan analisis saya berdasarkan pemantauan serta soal jawab dengan perempuan-perempuan lain.

Nombor Satu, Sebab kita berasa kita TIDAK DIHORMATI. Bukan itu sahaja kita akan hilang rasa hormat terhadap lelaki bermata keranjang. Lelaki sebegitu memang ulat bulu.. miang daun keladi.. Kita berasa rendah kerana dimalukan oleh pasangan kita si mamat yang bermata gatal.. Ia adalah satu perbuatan yang biadap dan bukan gentleman. Perlakuan sebegini telah menunjukkan belang sebenar si mamat tersebut. Lagi sebab yang terpenting 'mula-mula main-main mata lama-lama jatuh cinta' jika si mamat tu berbuat sedemikian dengan awek lain itulah yang mungkin akan berlaku..

Saudari sekalian, jangan kecewa, mungkin si mamat ni bukan jodoh anda. Jika dia tak serius terhadap anda buat apa disimpan lelaki sebegini. Mungkin dia masih mahu memiliki anda sebab semata-mata ingin mencium seluar dalam anda yang harum itu , jalan pintas babe.. Lebih baik dijauhkan lelaki sebegini sebelum terlambat.

P/S: Bagi dia ciumhidu seluar dalam busuk.

Tip: Mungkin anda benar-benar sudah jatuh cinta dengan si mamat tersebut tetapi untuk kebaikan diri Pandang-pandang, pantau-pantaulah jejaka lain. Saya pasti anda akan dapat yang jauuuhhhhhhh lebih baik. Percayalah dengan saya, anda akan berasa lebih bahagia.
Dah buat pun!! 2 bf at one time heheheh

Orang kata main belakang lebih bahaya daripada main depan.
Apalah....dua-dua pun bahayalah. Bergantung dengan nasib!!

4 comments:

Anonymous said...

macam KO

Anonymous said...

terpulang pada individu.jika dia dah kawin atau belum tak kisah yang penting kawan tapi jika dia gatal susah nanti jadi lawan .hahaha.orang kata jika gatal boleh digaru tapi jika ulat bulu dah naik daun susah babe .silap-silap bulan daun pun habis di makan .hahaha .dari mamat hahaha

Anonymous said...

alamak lupalah ... cerita yang di buat itu oklah.cuma jika free buatlah satu cerita tentang dugong dan puteri yang terdampar di tepi pantai .shok juga untuk kisah dongeng hahaha.oklah see you soon
dari mamat hahaha ( aril ) bye bye.

Mata-mata gelap Bee-Bee said...

hi syaril,
haissskk..memang orang lelaki macam ulat bulu..gatal-gatal.. hahahha .. melalui pemerhatian saya lah Ramai yang berulat bulu dengan perempuan lain sebab hanya nak memuaskan nafsu sahaja bukan kerana cinta..dan lelaki lebih cenderung berulat bulu.. ;P